Bengkel Jahitan Komuniti ini adalah salah satu idea dari Pengerusi JKKK Kampung Sawah Dato ini sendiri, bengkel ini telah mula beroperasi pada tahun pertengahan 2007, di antara produk yang dihasilkan adalah Produk yang berasaskan Kekabu, Anyaman Kertas, Dan Produk-Produk Kraftangan. Projek Bengkel Jahitan dan Bantal Kekabu (Komuniti) ini adalah projek ini dilihat berpotensi untuk berkembang dengan adanya pasaran dan permintaan yang tinggi di dalam sector Ekonomi Desa, dengan adanya projek komuniti ini dapatlah ia menambah pendapatan isi rumah di kampung ini selaras dengan saranan kerajaan membasmi kemiskinan tegar di kawasan luar Bandar.
Program Perusahaan Luar Bandar ini bertujuan untuk membangunkan sektor industri luar bandar selaras dengan Dasar Perindustrian Negara dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi supaya lebih produktif dan mapan. Dalam masa yang sama penglibatan dan penyertaan masyarakat luar bandar diharap dapat ditingkatkan khususnya bagi melahirkan masyarakat usahawan luar bandar yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan serta dapat menyumbang kepada matlamat pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Antara Produk Yang Dihasilkan Oleh Bengkel Jahitan Komuniti



Produk Anyaman Kraftangan Yang Dihasilkan Menggunakan Kertas Akhbar Lama
Produk Anyaman Kraftangan Yang Dihasilkan Menggunakan Kertas Akhbar Lama
Disebabkan Produk-produk ini mendapat sambutan yang baik, Pihak JKKK Kampung Sawah Dato telah mengambil inisiatif dengan membawa produk ini untuk dipasarkan ke pasaran luar bandar, usaha ini membuahkan hasil dan terbukti apabila ianya mendapat sambutan hangat kerana tidak banyak produk-produk yang dihasilkan ini terdapat di pasaran luar.
Bengkel Komunti Menyertai Expo Karnival Mersing Tahun 2009
Di Pantai Mersing Johor
Oleh yang demikian, pihak JKKK Kampung Sawah Dato amatlah berharap agar pihak Kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain institusi Kerajaan Amnya, dapat memberi sokongan, bimbingan, perhatian dan bantuan kepada Bengkel Komuniti ini kerana, pihak JKKK Kampung Sawah Dato percaya bahawa Program ini selain daripada dapat membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan isi rumah masyarakat kampung , ianya juga berpotensi untuk dikembangkan ke pasaran yang lebih luas.
No comments:
Post a Comment