Projek Ternakkan Komuniti ini telah mula di operasikan pada awal tahun 2009, ianya diusahakan oleh seorang penternak yang telah mempunyai pengalaman selama lebih 5 tahun di dalam penternakkan Lembu Fidlot ini. Beliau juga telah mendapat kursus dan bimbingan di dalam bidang penternakkan daripada Pertubuhan Peladang Daerah Mersing, dengan hanya bermula dengan sebuah kandang kecil, kini beliau telah membina sebuah kandang besar yang memuatkan lebih 40 Ekor lembu. Beliau juga sedang dalam perancangan untuk memohon skim pinjaman peladang dan penternak daripada Agro Bank untuk membesarkan lagi Perusahaan Ternakkan Komuniti ini.

Demi memastikan Projek Ternakkan Lembu Fidlot ini berjaya, pihak JKKK Kampung Sawah Dato dengan kerjasama penternak telah mengambil inisiatif dengan memasarkan Produk Daging lembu ke pasaran luar bandar. Usaha ini ternyata berjaya kerana kini Kandang Lembu terbabit telah mendapat permintaan yang tinggi di peringkat pasaran luar bandar, ini adalah kerana pihak kami telah memasarkan Daging segar pada musim perayaan.

No comments:
Post a Comment