Monday, November 30, 2009

Sambutan Kemerdekaan Ke-51




'Perpaduan Teras Kejayaan'
Peringkat Negeri Johor Di Mersing Johor Darul Takzim













Sunday, September 6, 2009

Bengkel Komuniti Ke Persada Johor


Pada 6hb - 10hb Mei 2009 - Di Pusat Konvension Persada Johor, Johor Bahru, telah diadakan Ekspo Perdagangan Beli Barangan Malaysia, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Peringkat Negeri Johor yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Tan Lian Hoe, Timb. Menteri KPDNHEP Malaysia. Pihak JKKK Kampung Sawah Dato sangat berbangga kerana Bengkel Komuniti Jahitan Kampung ini telah terpilih untuk bersama-sama mempromosikan produk yang telah dihasilkan oleh peserta-peserta bengkel ini sendiri.






Friday, August 28, 2009

Selamat Berpuasa



Assalamualaikum ,

Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa Di bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaALLAH.


Thanks & Regards

Tok Din...

Projek Pembangunan Kampung

Kampung Sawah Dato tidak terkecuali daripada menerima suntikkan peruntukkan Kerajaan untuk Projek-projek yang berkaitan dengan pembangunan dan jalan Kampung, pada tahun 2009 ini sahaja Kampung Sawah Dato Mersing Johor telah menerima hampir lebih daripada 10 Projek yang terdiri daripada Projek pembangunan, Jalan, Perparitan Dan Saliran dan Kemudahan Awam yang lain.

Projek Menaiktaraf Jalan Kg Sawah Dato








Kerja-Kerja Membina Parit 'V' Di Sepanjang Jalan
Imam Haris Kampung Sawah Dato






Sekali lagi kami pihak JKKK Kampung Sawah Dato ingin berterima kasih kepada pihak Kerjaan Negeri Dan Kerajaan Pusat kerana Projek-projek ini telah dilaksanakan dengan sempurna, terima kasih juga kepada pihak Kontraktor kerana telah menyiapkan Projek yang diamanahkan ini demi kesejahteraan masyarakat Kampung Sawah Dato Mersing Johor. Tahniah!

Bengkel Jahitan Komuniti




Bengkel Jahitan Komuniti ini adalah salah satu idea dari Pengerusi JKKK Kampung Sawah Dato ini sendiri, bengkel ini telah mula beroperasi pada tahun pertengahan 2007, di antara produk yang dihasilkan adalah Produk yang berasaskan Kekabu, Anyaman Kertas, Dan Produk-Produk Kraftangan. Projek Bengkel Jahitan dan Bantal Kekabu (Komuniti) ini adalah projek ini dilihat berpotensi untuk berkembang dengan adanya pasaran dan permintaan yang tinggi di dalam sector Ekonomi Desa, dengan adanya projek komuniti ini dapatlah ia menambah pendapatan isi rumah di kampung ini selaras dengan saranan kerajaan membasmi kemiskinan tegar di kawasan luar Bandar.

Program Perusahaan Luar Bandar ini bertujuan untuk membangunkan sektor industri luar bandar selaras dengan Dasar Perindustrian Negara dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi supaya lebih produktif dan mapan. Dalam masa yang sama penglibatan dan penyertaan masyarakat luar bandar diharap dapat ditingkatkan khususnya bagi melahirkan masyarakat usahawan luar bandar yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan serta dapat menyumbang kepada matlamat pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Antara Produk Yang Dihasilkan Oleh Bengkel Jahitan Komuniti



Produk Anyaman Kraftangan Yang Dihasilkan Menggunakan Kertas Akhbar Lama


Disebabkan Produk-produk ini mendapat sambutan yang baik, Pihak JKKK Kampung Sawah Dato telah mengambil inisiatif dengan membawa produk ini untuk dipasarkan ke pasaran luar bandar, usaha ini membuahkan hasil dan terbukti apabila ianya mendapat sambutan hangat kerana tidak banyak produk-produk yang dihasilkan ini terdapat di pasaran luar.



Bengkel Komunti Menyertai Expo Karnival Mersing Tahun 2009
Di Pantai Mersing Johor



Oleh yang demikian, pihak JKKK Kampung Sawah Dato amatlah berharap agar pihak Kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain institusi Kerajaan Amnya, dapat memberi sokongan, bimbingan, perhatian dan bantuan kepada Bengkel Komuniti ini kerana, pihak JKKK Kampung Sawah Dato percaya bahawa Program ini selain daripada dapat membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan isi rumah masyarakat kampung , ianya juga berpotensi untuk dikembangkan ke pasaran yang lebih luas.





Perasmian Masjid Jamek Kampung Sawah Dato



Masjid Jamek Kampung Sawah Dato telah di bina pada awal tahun 1984, dan pada hari Selasa 14hb Ogos 1984 iaitu hari yang penuh bersejarah apabila Masjid Jamek ini telah dirasmikan oleh Ybg. Tan Sri Musa Hitam yang pada ketika itu menyadang jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kelima Malaysia, kami sungguh berbangga dan amat berbesar hati untuk berkongsi gambar peristiwa yang amat bersejarah ini.